aku berasal dari sabah. da dekat 5tahun aku duduk semenanjung. balik sabah pun setahun sekali.kadang 2 tahun sekali. bergantung pada cuti aku. nak di jadikan cerita. oleh kerana aku berkawan dengan semua orang dari pelabagai kaum negeri dan bangsa, aku suka belajar dialek kawan2 aku.
dari kolej lagi aku da geng ngan 5orang kawan baik aku. ana(pahang), im(kedah), k.ila(ganu), athirah(perak) dan su(johor).. tapi dak umah aku atau kalau time praktikal aku akn duk dgn dak kelantan...kawan umah aku dak kelantan ni yang aku perasaan kalu duduk dengan dak kelantan juga, mereka akan cakap kelantan walaupun aku orang sabah.mulanya aku tak faham apa yang mereka cakapkan.
kadang2 diorang gelak apa pun aku xtahu...geram juga..kebetulan yang aku ni memang jenis cepat tangkap (cepat belajar) orangnya..aku pun sedikit2 cakap kelantan tapi bunyi nye pelik..yela sabah lidah keras sikit nak ubah cakap kelantan memang lucu la orang dengar.
'
semua orang gelak masa tu...memang bengang..tapi aku jenis tak ambik hati..orang gelak aku pun gelak...jawapan aku 1 je..tak kisah lah bunyi pelik pun janji kmu faham..
lama2 aku da terbiasa cakap kelantan..lepas habis belajar aku berkerja.dak hostel aku pun budak kelantan ain, k.bai, suriani dan husni...aku n k.ila je org sabah n kedah...kalau k.ila keje, aku duk umah dengan dak kelantan, diorang cakap kelantan..aku saja je buat tak faham..aku nak tengok diorang ada ngumpat aku ke tak..hehehe
nasib baik la diorang tak mengumpat aku...baik lagi dengan aku ada lah...nak di jadikan cerita..suatu hari tu aku kuar dengan ain pergi ke pasar malam...ain orang kelantan aku orang sabah...masa nak beli makanan tu, orang yang jual tu orang kelantan. masa bercakap tu aku cakap kelantan la...hahaha dia ingat aku kelantan pure..ain lak dia ingat bukan orang kelantan..aku gelak je masa tu...padahal ain tu kecek(cakap) klate(kelantan) pure punya...
sampai sekarang aku tak pernah lupa cerita itu...tu kenangan yang akan aku simpan sepanjang aku kerja di pusrawi....da ramai yang cakap aku kecek kelate mcm org klate jugak...
No comments:
Post a Comment